Saturday, December 26, 2015

Tempahan grill Kejuruteraan Besi Imam Kuantan part 1

Assalamualaikum dan selamat petang
Hari ni nak cerita pula tentang grill rumah.  Sebab dah dapat kunci, kenala fikir untuk buat grill, wiring, kabinet dapur etc.
Saya tempah grill dengan Kejuruteraan Besi Imam. Bengkel kat Taman Guru, dekat dengan sekolah agama. Belakang sekolah. Nak dijadikan cerita, masuk hari ni dah 5 minggu grill tu tak pasang lagi. Masa nak tempah bukan main lagi, dlm 10 hari boleh siap. 10 hari? Too good to be true la kan. Every week tengok rumah, takde progress lagi. Masa minggu 3, tanya lagi bila nak pasang, dia kata minggu depan, minggu ke 4. Tak boleh pasang awl, katanya nak siapkan kat rumah pantai sepat dulu lah.  Pastu, lori rosak. Of Fine. Sabar lagi. Yang kita marah tu, tak bagitau langsung.
You know what? Week 4. Masih tak pasang lagi. Sejak hari itu, mmg akan telefon die, setiap hari. SETIAP HARI. TAK ANGKAT TELEFON. mesej tak jawab.  Sedangkan sebelum ni ok je call balik and bls mesej.
Semalam da masuk week 5, pergi bengkel dia. Suami pergi jumpa tanya bila nak pasang. Cakap tak serupa bikin. Bila tanya nepe tak angkat Phone. Boleh jawab, tertinggal kat hardware store. Takkan la tak gi ambil. Seminggu kot call hp, takkan tak pegi ambil kat kedai tu. Memang tak boleh percaya orang ni. Bila pergi bengkel, nampak macam baru buat grill kita. What the?  tak siap lagi la tu
Beriya kata da siap, tinggal nak pasang. Porahhh. Next week, we will see. Dia janji Selasa akan pasang. Kalau tak pasang, akan bagi deposit balik. Ok We will see. Pasang ke tak.
Orang wiring taknak buat keje selagi takde grill. Membazir da 2 minggu.. Bajet bulan 1 da boleh kemas rumah, basuh, cat etc. Memang hampeh la. So,please.. Orang kat luar sana, kalau dapat kad dia ni, tak yah la amik. Lambat siap and byk alasan. Next week kita tgk hasil kerja macam mana. Ingat nak bantu org yg buat kerja kecil kecilan ni, tapi hmmmmm....
P/s nama perniagaan Kejuruteraan Besi Imam. Nama owner Imam Supingi. Beware people out there.
Bersambung...

Tuesday, December 8, 2015

I need to R.E.A.D!

The title speaks R.E.A.D!

Literally, it means i HAVE TO DEVELOP A HABIT TO READ. As an educator, it is a must for you to read academic text EVERY DAY. I mean it. I feel like I have lost many of academic vocabulary words that I used to use (i know, redundant - haha) during my study years. And now, when I need to face students who are vocabulary-challenged, it hinders me to use more sophisticated or bombastic words to them. Well..well, it should not be an excuse to read academic book or article, right? (slap to my face). In the end, it is up to me!

Probably I can add to that to my 2016 Resolution:


  • Read at least 1 article (minimum 3000 words) every morning.


I hope am able to do that and being CONSISTENT. ok, toodles!

#pray4me

p/s 23 days before the end of 2015.

#Myfirsthouse - Pinjaman perumahan PART 1

Assalamualaikum dan selamat malam

Alhamdulillah. Akhirnya, dah dpt kunci rumah pertama. (Eh, akan ada rumah kedua ke?) ku bukan kaya untuk beli semuanya tunai, tapi tercapai juga hasrat untuk mempunyai aset walaupun terpaksa meminjam. 

Saya menggunakan pinjaman perumahan kerajaan. Alhamdulillah. Proses berjalan dengan lancar. Ada agen yang tolong selesaikan hal hal berkaitan. Cuma kena pergi pejabat tanah dan peguam untuk tanda tangan dokumen. Proses daripada bayar deposit rumah sampai dapat kunci dalam 4 bulan juga. Tak dpt balik deposit dan terpaksa bayar penalti. Nasib baik tak banyak sangat nak kena bayar. 

Overview proses pinjaman perumahan:

1. Lepas dapat surat pengesahan jawatan, terus cari rumah. Dlm masa sebulan juga nak cari rumah yg berkenan di hati. Berbelah bahagi samada nak beli rumah second hand atau rumah baru. Tp hari tu survey, rumah second je da rm190k (leasehold) dan rumah baru rm210 - 250k ( freehold) , baik amik yg baru. Keputusan muktamad, beli rumah di Kempadang Putra (dah dpt kunci jadi Kempadang Perdana). Rumah saiz 20 x 70 , bangunan 20 x 50. Ok la buat masa sekarang. Sepatutnya siap jun 2016, tp thn 2015 da siap. Akhir okt da dpt kunci. Developer ialah Maxdev. 

2. Dah pilih rumah, call agen developer untuk letak deposit. Hari tu letak rm500 je. Sbb guna loan kerajaan, tu yg boleh letak tu. Tanda tangan borang booking. Lepas tu, tunggu sms dari agen untuk langkah seterusnya. 

3. Isi borang online. Hari tu, agen yg buat. Kite bagi maklumat je. Maklumat seperti kad pengenalan, slip gaji 3 bln terakhir, alamat tempat kerja etc. Senang keje den. Tapi nama kat borang online  salah taip pulak. Jadi, bile print tu, kene sign initial kat tepi and buat pembetulan. Pastu nk kene hntr kat HR untuk pengesahan ke ape tah. Nanti HR akan bgtau la apa dokumen yang dia nak untuk masuk dalam fail peribadi kita. Time ni S&P takde lg. Baru nak hntr permohonan. Bila dah lulus, baru dia buat. Rasanya dalam 1-2 minggu dah boleh tau, lulus ke tak. Tgk kat website bpp je. 

4. Alhamdulillah lulus. Bila dah lulus, apalagi berbunga hati. hehe. Langkah seterusnya, agen akan siapkan S&P dan uruskan dengan peguam. Bila dah settle, agen akan call untuk dtg tandantangan dokumen. Ada 3 salinan. Masa tu tak sempat nak baca agreement. Tapi rasanya semua agreement sama shj isi kandungannya. Lepas dah sign, agen akan proses.

Bersambung....


p/s - Kuantan dah mula hujan. Jangan la banjir besar lagi. Petang-petang sejuk begini makan pisang goreng sodap, lagi sedap kalau cicah sambal kicap.

Ok. Bye

Sunday, December 6, 2015

Perihal kematian

Assalamualaikum 

Minggu ni, banyak kematian orang yang dikenali ramai - pak yus jambu, mariani dan tunku jalil. Al fatihah untuk semua. 

Ada orang kata, "eh tak sangka cepat ajalnya sampai", "macam tak percaya dia dah tiada". Tak ingat hari apa, fedtri yahya ada sampaikan dlm mhi, die dgr dr tazkirah di sebuah usrah mengenai kematian. Antara intipati yg diingati, "tiada istilah kematian mengejut". Sebab semua org tahu setiap yg hidup pasti akan mati. Ajal maut sudah ditetapkan. Tetapi adakah kita sudah bersedia menghadapi mati? Apakah amalan yg hendak dibawa ke alam sana? Sudah cukupkah amalan baik kita? Yakinkah kita, syurga tempat tinggal abadi kita?

Persoalan ini buat aku terfikir apakah amalan baik yg aku lakukan selama di dunia ini? Adakah aku layak untuk masuk ke syurga Mu, ya Allah. Dosa ku terlalu banyak, bagai pasir di pantai. Aku tak layak ke syurgamu tapi ju tak sanggup ke nerakamu. Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dosa ibu bapa yang telah membesarkan aku, dosa suamiku, dosa anakku, dosa guru guruku, dosa murid muridku, dosa muslimin dan muslimat. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun. 
------------------------------------

Post ni dibuat masa sedang tgk juara parodi, yus dalam kenangan. Siapa sangka, pelawak yang selama ini kita nampak di kaca tv, bergelak ketawa, menghiburkan kita dengan lawak mereka, sebenarnya sama juga seperti kita. Ada masa kita ketawa, ada masa kita menangis. Sebak bila melihat sahabat sahabat arwah pak yus menangisi pemergiannya. Banyak kebaikannya yg tidak kita ketahui. Bila dengar sahabat sahabat dia bercerita pasal kebaikan dia, memang terkesan kat hati. Adakah sahabat sahabat aku juga akan menangisi kematianku? Hanya Allah yg tahu. 

Al fatihah untuk mereka yang telah meninggalkan kita. Kami akan menyusul.