Tuesday, December 8, 2015

#Myfirsthouse - Pinjaman perumahan PART 1

Assalamualaikum dan selamat malam

Alhamdulillah. Akhirnya, dah dpt kunci rumah pertama. (Eh, akan ada rumah kedua ke?) ku bukan kaya untuk beli semuanya tunai, tapi tercapai juga hasrat untuk mempunyai aset walaupun terpaksa meminjam. 

Saya menggunakan pinjaman perumahan kerajaan. Alhamdulillah. Proses berjalan dengan lancar. Ada agen yang tolong selesaikan hal hal berkaitan. Cuma kena pergi pejabat tanah dan peguam untuk tanda tangan dokumen. Proses daripada bayar deposit rumah sampai dapat kunci dalam 4 bulan juga. Tak dpt balik deposit dan terpaksa bayar penalti. Nasib baik tak banyak sangat nak kena bayar. 

Overview proses pinjaman perumahan:

1. Lepas dapat surat pengesahan jawatan, terus cari rumah. Dlm masa sebulan juga nak cari rumah yg berkenan di hati. Berbelah bahagi samada nak beli rumah second hand atau rumah baru. Tp hari tu survey, rumah second je da rm190k (leasehold) dan rumah baru rm210 - 250k ( freehold) , baik amik yg baru. Keputusan muktamad, beli rumah di Kempadang Putra (dah dpt kunci jadi Kempadang Perdana). Rumah saiz 20 x 70 , bangunan 20 x 50. Ok la buat masa sekarang. Sepatutnya siap jun 2016, tp thn 2015 da siap. Akhir okt da dpt kunci. Developer ialah Maxdev. 

2. Dah pilih rumah, call agen developer untuk letak deposit. Hari tu letak rm500 je. Sbb guna loan kerajaan, tu yg boleh letak tu. Tanda tangan borang booking. Lepas tu, tunggu sms dari agen untuk langkah seterusnya. 

3. Isi borang online. Hari tu, agen yg buat. Kite bagi maklumat je. Maklumat seperti kad pengenalan, slip gaji 3 bln terakhir, alamat tempat kerja etc. Senang keje den. Tapi nama kat borang online  salah taip pulak. Jadi, bile print tu, kene sign initial kat tepi and buat pembetulan. Pastu nk kene hntr kat HR untuk pengesahan ke ape tah. Nanti HR akan bgtau la apa dokumen yang dia nak untuk masuk dalam fail peribadi kita. Time ni S&P takde lg. Baru nak hntr permohonan. Bila dah lulus, baru dia buat. Rasanya dalam 1-2 minggu dah boleh tau, lulus ke tak. Tgk kat website bpp je. 

4. Alhamdulillah lulus. Bila dah lulus, apalagi berbunga hati. hehe. Langkah seterusnya, agen akan siapkan S&P dan uruskan dengan peguam. Bila dah settle, agen akan call untuk dtg tandantangan dokumen. Ada 3 salinan. Masa tu tak sempat nak baca agreement. Tapi rasanya semua agreement sama shj isi kandungannya. Lepas dah sign, agen akan proses.

Bersambung....


p/s - Kuantan dah mula hujan. Jangan la banjir besar lagi. Petang-petang sejuk begini makan pisang goreng sodap, lagi sedap kalau cicah sambal kicap.

Ok. Bye

No comments:

Post a Comment