Wednesday, February 24, 2016

Wiring dengan City Lighting and Decorative Supply Kuantan

Assalamualaikum and good day to all

Hari ni baru ada masa sikit nak cerita pasal wiring. You know what? I DO NOT RECOMMEND THIS SHOP. (Tarik nafas panjang panjang)

Ceritanya macam ni. Kan masa akhir bln 10 dah dapat kunci rumah. So bulan 11 proceed nak buat wiring. Jadi dah tak sabar. Pergi la kedai bernama di atas. Kedai ni dekat dgn hotel rocana dan masjid kat malay town tu. Masa tu HARI ahad, just nak survey. Since suami hanya free ahad shj and kita tak kenal sesiapa kat kuantan untuk buat wiring, buat la dgn kedai ni. Pendekkan cerita. Closed deal nak buat wiring dengan harga rm5450 upah beserta barang. Bayar habis (i know, stupid right). Mahal juga le. Tapi da owner kedai kata, Jerry kata dlm 2 minggu boleh siap. Ok. Fine. Takpe byr  hbs. 

Then, Jerry kata akan start wiring bila dah pasang grill. Well, previous post dah cerita pasal grill. Delay for 6 weeks. 30 Dec br grill siap. Baru la (katanya) nak start wiring. Fine. I contact PIC, Wan, da jumpe and inform apa nak kena buat, apa semua. Pastu da 2 3 minggu, I called wan, tak berjawab. Rupanya, dia tak buat kerja. Jerry pulak, bukan nak keep track  pekerja dia buat kerja ke tak. Sampai kena msg dan call berkali kali tanya bila nak buat. Manager apa mcm ni. I dah byr habis kot. U buat i macam ni. BS! 

Lepas wan tu tak buat, ganti dengan org lain. Azmi. He is ok, so far. Tapi still lambat jugak la. Menurut Azmi, dia kena keluar modal sendiri untuk siapkan wiring rumah. WTF? I have already paid full amount, you should've give the capital to him la. Again, bad customer service. You are the boss, you should know how to manage this and you've to make sure your worker finished the task on time. Sepatutnya 2 minggu da boleh siap. Ni da nak akhir februari, tak siap siap lagi. 2 bulan nak siapkan wiring. In this case, I will put the blame on the manager himself. Tak jaga customer and lepas tangan je. Bila I call jerry, suruh i direct kat wan/azmi. Memang lambat la. 

Again to all readers, please do not go to this shop walaupun hari ahad dia buka. Kalau urgent sgt, tak payah jugak. Sweet talker but VERY bad service. 

Bermacam macam dugaan nak siapkan rumah. Dari grill - delayed 6 weeks -, wiring - delayed for 2 months dari tarik grill siap,  - , table top - delayed 3 minggu dari pas letak deposit, terpaksa minta org lain sambung kerja dia yg tak siap tu - . Kerja yg delay lama sgt tu, maybe sebab kite ni sgt considerate, bersangka baik yg dia ada personal issue apa. Tapi itu la. Semua benda tertangguh. Makan diri. Minggu ni nak pindah masuk da. But alhamdulillah ada good news, kabinet dapur da siap. I like it very much. Next post, i cerita pasal obstacles nk siapkan kabinet dapur ni. Sekarang tengah tempah langsir dengan jakel. Hopefully, berjalan lancar. Amiiiin. 

Ok. Itu je. The best rant yet! Blergh!!!

UPDATE: 7 Ogos 2016 - you know what? Throwback sebulan lepas, ada 1 lampu LED da tak menyala sedangkan baru duduk rumah baru. Lepas sebulan tu, mcm berganti-ganti pulak lampu tak hidup. Mula2 bilik air, lepas tu, 1 lampu di master bedroom , 1 lampu di bilik solat, 1 lampu di dapur dan semalam kat porch kereta. Masa deal, beriya la ckp lampu led ni 4-5 thn tahan, tak perlu tukar. Ini dah 4-5 bulan, 5 lampu nak kene tukar. Nasib baik la kat bilik dan dapur letak 4 lampu kt setiap corner, terang la juga. The fact that tak sampai setahun, 5 lampu tak menyala. Kedai ni bagi lampu reject ke?  

UPDATE: 3 April 2017 - until today, ada tambahan lagi 2-3 lampu LED dari kedai ni terbakar/malfunction. Harga sebiji mahal pula. RM30 kot. Tak sampai setahun. Ish Ish. Baik pakai lampu kalimantang aje.

Beware people..CITY LIGHTING AND DECORATIVE SUPPLY KUANTAN

No comments:

Post a Comment