Saturday, January 2, 2016

Kabinet Dapur dengan Decormy Kitchen

Assalamualaikum dan selamat petang

Post kali ni berkaitan dengan kabinet dapur. Ahad lepas 27 Disember 2015, minta Decormy Kitchen (pronounce as Deko-mai bukan dekomi). Setelah survey di Facebook, saya rasa ini yang boleh dipercayai dan banyak testimoni. Sebelum ni tak puas hati dengan tempahan grill tu, untuk kitchen kabinet mmg da nekad nak cari yg trusted company and active di Facebook. Alhamdulillah, Decormy Kitchen jadi pilihan. 

Sebenarnya, belum siap lagi pun. Baru siap design. Nak tengok design tak? Just a simple design untuk rumahku yang comel. 

Gambar 1 - kawasan dapur. Ni wet kitchen. Warna lain. Tak berkenan betul. 


Gambar 2 - my design. Ini acah acah design. Nak bajet 8 kaki dan ada top wall kabinet. 
Gambar 3 - design oleh Decormy Kitchen. Tema hitam putih. Warna selamat. 

***Update the finished product. Ada buat penukaran sikit. I really like it very much. Recommended. 




Kabinet dapur ni 2kaki x 10 kaki. Mula mula nak buat 8 kaki je. Tapi bile kira kira, die boleh bagi rm4000 untuk 10 kaki beserta singki free, table top konkrit, laci dan tempat letak sudu. Kos ini tidak termasuk plumbing service dan kepala paip dapur. 

Person-in-charge  iaitu Amirul ni sangatlah bagus. Datang masa quotation  on time dan memang berpengalaman. Dan akan mesej dari masa ke masa untuk tanya bila dapat kunci grill untuk buat ukuran tabletop di rumah. Jumpe Amirul hari ahad, Isnin da siap design, petang tu saya terus byr deposit dan dapat quotation dan resit pembayaran. Hari rabu dia mesej lagi tanya dapat kunci grill ke tak, sebab dia nak buat table top cepat. Boleh beza cara kerja dia dengan orang yang buat grill tu. If you are serious with your job, you should act like this. Takkan tak nak duit cepat kan. If siap cepat, dapat la duit cepat. So far, kalau contact amirul ni, senang dan dia akan reply mesej kalau kita ada tanya apa apa. Hopefully, the kitchen cabinet project will run smoothly, InsyaAllah. :) 

Lagi satu, kalau nak buat kitchen kabinet kan ada ruang untuk letak dapur gas. Hari ni, balik kampung di Klang. I decided to buy it here. Sebenarnya bajet dalam rm400 je tapi nak ada safety cut off device. Memang susah la nk cari kan. Nak aje beli kat lazada tapi Amirul tu kalau boleh nak ukuran tu cepat, untuk bagi tukang buat table top tu. Jalan punya jalan area Taman Perwira, Telok Panglima Garang dan Bukit Tinggi semalam dan hari ni, akhirnya sy membeli dapur gas jenama Monar. Tak pernah dengar? Memang bukan jenama popular pun. Tapi saya berminat dengan design yang ringkas dan yang paling penting ada feature yang saya nak - safety cutting off device (eh betol ke?). Ada anak yang semakin membesar ni, perlu ada, takut dia main main masa kita sibuk buat kerja lain.  Beli dapur gas ni di Monar Bath Gallery, Bukit Tinggi. Alamat Monar Bath Gallery. Address, 40, Lorong Batu Nilam 4B, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor. Masa kat sana, siap buat demo lagi. Apinya agak kuat juga la. Harga asal - rm699. Tapi sebab new year, dia bagi offer price rm450. I think it is a good bargain for a hob that has this safety feature. Compare with lazada, it's around the price range. So, I bought it. Ini lah gambar dapur gasnya. 

Gambar 4 - dapur gas monar - tempered glass and has safety cutting off device. 

Gambar 5 - ukuran dapur gas. Warranty burner - 1 tahun, glass - 3 tahun

Next week, nak hantar borang ke TNB untuk pasang meter. Mudah sikit amirul tu nak pasang kabinet nanti. Harap harap kabinet dapat dipasang dengan cepat. Amiiiin. Itu saja la cerita pasal kabinet dapur. Selepas dah pasang kabinet, akan ada post seterusnya. 

#new update, 4 jan hantar borang TNB, 6 jan dah pasang meter elektrik kat rumah. 
#9 jan, plumber datang rumah utk tengok defect water piping di rumah. Report 8 jan, 9 jan datang tengok untuk baiki. Meter depan rumah bocor sebelum meter dan bilik air belakang, tekana air agak rendah. 

p/s Decormy Kitchen covers area around Pahang andTerengganu. Do check their Facebook page.  



No comments:

Post a Comment